Muallimin & Muallimah SMTAQ

Muallimin & Muallimah SMTAQ
Terima Kasih Guru-guruku.
Biarkan manusia tidak mengerti diri kita. Yang penting kita lebih mengerti diri sendiri.

Andai patah dayung dengan jari kan kami kayuh jua...

Isnin, 9 April 2012

EKSPEDISI UKHUWAH MENDAKI GUNUNG LEDANG

Pada 6-8 April yang lalu, sebahagian daripada Ahli Persatuan Alumni SMTAQ Batch 07-11Huffaz Imtiyaz (07-11HUFIM) telah menyertai Ekspedisi Ukhuwah Mendaki Gunung Ledang.Alhamdulillah kami telah tiba di Taman Negara Gunung Ledang sebelum jam 6 petang pada 6 april (Jumaat).  Kami berada di sana selama 3 hari dua malam. Kami ditempatkan di dorm yang agak selesa ,nyaman dan cantik sepanjang berada disana. Pada malam yg pertama ,kami  sekadar melakukan aktiviti BBQ & berehat sementara menunggu keesokan harinya.

Mendegar taklimat 


bergambar sebelum medaki

Pada keesokan harinya, kami telah bersiap-siap dan  berada di hadapan pejabat Taman Negara untuk sesi taklimat sebelum mendaki gunung ledang. Selepas selesai bacaan doa kami memulakan pendakian seawal jam 8.30 pagi. 

ketika  berada di salah satu check point.

walaupun penat tetapi riang.

berehat di salah satu anak air .

Remaja paling ceria abad ini

begambar ngan guide yg bwak kiteorng


Kami terpaksa melepasi sebanyak 8 check point sebelum sampai ke puncak. Terdapat banyak flora & fauna yang ditemui sepanjang perjalan untuk sampai. 

naik jangan x naik



Walaupun Gunung Ledang merupakn gunung yang ke enam tersusah untuk didaki di Semenanjung Malaysia, dengan berbekalkan azam & semangat  ukhuwah yang kukuh, kami akhirnya tiba jua di Puncak Gunung Ledang. Tiada apa yang dapat kami ucapkan ketika saat tiba di puncak melainkan rase gembira & syukur yang tidak terhingga. Kami berada di puncak selam lebih kurang setengah jam & kami turun selepas selesai makan & berehat. Walaupun masa biasa yang diperuntukkan untuk mendaki & turun gunung ledang adalah 10 jam, tetapi kami berjaya meyelasaikannya dlam masa lebih kurang 7 ke 8 Jam. Syabas diucapkan kepada semua adik beradik. 

da sampai da...


Setelah turun & selesai urusan di pejabat Taman Negara, kami terus menunaikan solat Zuhur & berehat. Selepas solat Asar, kami menikmati hidangan ayam BBQ yg di sediakan oleh beberapa orang chef terhandal Batch 07-11 HUFIM.


Antara tukang masaknye...

mulut masing2 da kembung 

Dak Ajim dapat cop mohor Puteri Gunung ledang 

 Pada jam 8 malam setelah berehat & menunaikan solat Fardhu Maghrib, kami semua berkonvoi ke Bandar Segamat untuk bersiar-siar & makan malam. 
Kami Pulang Ke dorm pada jam 2 pagi (ngantuk  bai ). 


Keesokan harinya , kami telah mula bersiap-siap & berkemas untuk check  out. Seawal jam 9.30 pagi kami telah check out di pejabat Taman Negara. Kami kemudiannya beregerak ke Air terjun Sagil untuk bermandi-manda. pada pukul 12 T.hari kami mula bergerak ke bandar tangkak untuk makan tengah hari  & solat zuhur. Kami semua bersurai di Masjid Tangkak pada jam 3 stngah petang.


Walau apapun Ekspedisi ini merupakan antara kenangan yang terindah & kami semua tidak akan dapat melupakannnya sampai bila. Terasa begitu kukuhnya ukhuwah dalam kalangan adik beradik kami. Kami berharap perjumpaan Alumni yang akan daang, kita dapat bersama lagi . InsyaAllah...

Selasa, 17 Januari 2012

Aktiviti sementara menunggu result SPM

        
Sementara menunggu Keputusan SPM 2011 yg ijangka keluar pada bulan Mac ini, sebahagian adik beradik kita telah mula melakukan aktiviti-aktiviti  yg mendatangkan faedah. Kebanyakan daripada mereka telah mula bekerja di restoran, stesen minyak ,berniaga & mengajar. terdapat juga adik beradik yg sedang meneruskan pengajian di Driving school berhampiran untuk mendapatkan lesen kereta daan motosikal sementara sebahagian kecil yg lain ke kem-kem PLKN .

                                                                           


Keje kat A&W....tpi bdak nie da kne fired...hahahah...die keje mydin skrang....

Antara yg kerja di Stesen Minyak : Siapakah gerangan si dia???kihkihkih





 Di pihak HUFIM , kami ucapkan syabas kepada kalian semua kerana telah berjaya mengisi  masa lapang kalian dengan aktiviti-aktiviti yg berfaedah. Sedikit pesanan, walaudimanapun kalian berada, junjunglah Al-Quran itu...

Selasa, 10 Januari 2012

Beberapa ahli HUFIM terpilih ke PLKN.


Pada 1 Januari yg lepas seramai 6 orang adik beradik HUFIM telah terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara . Mereka ialah Zainul Arif Bin Yazid, Syed Muhammad Nasrul Syafiq Bin Syed Bakar, Muhd Asyraf Bin Sulaiman, Muhd Ariffin Bin Abu Bakar, Ahmad Nur Akmal Bin Aziz dan Nor Amin Bin Pantas. Mereka semua telah terpilih ke kem-kem PLKN luar dari Melaka Negeriku Sayang dan kebanyakannye berada di kem-kem di Negeri Johor Darul Takzim.  Program ini berlansung selama 3 bulan iaitu mulai Januari Hingga Mac
Apa yang kami harapkan disini ialah mudah-mudahan saudara-saudara kami di sana berada dalam keadaan sihat walafiat serta dapat menjalani program yg dijalankan dengan penuh semangat waja dan berdisiplin. Kami juga berharap agar kalian mempamerkan contoh serta akhlak yg baik selaku seorang Huffaz. Kami disini merindui adik-beradik kami disana..jgn nakal2...hehehe...