Muallimin & Muallimah SMTAQ

Muallimin & Muallimah SMTAQ
Terima Kasih Guru-guruku.
Biarkan manusia tidak mengerti diri kita. Yang penting kita lebih mengerti diri sendiri.

Andai patah dayung dengan jari kan kami kayuh jua...

Khamis, 29 Disember 2011

Pondok HUFIM... Alhamdulillah... siap juga akhirnya.



Pada tarikh 29/12/2011 hari Khamis , maka selesailah projek pembinaan pondok wakaf yg ditunggu-tunggu oleh semua adik beradik hufim. Mudah-mudahan ianya menjadi satu tanda kenang-kenangan dan dapat dimanfaatkan denagn sebaik mungkin oleh warga sekolah.

Khamis, 22 Disember 2011

Projek Pondok wakaf HUFIM dalam proses pembinaan.


Semasa awal pembinaan :Tok ketua tersenyum melihat tapak projek.

Baru-baru ini beberapa orang adik beradik HUFIM telah memulakan projek pembinaan pondok wakaf HUFIM bersebelahan Surau Al-Muttaqin SMTAQ. Projek pembinaan tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh seluruh adik beradik tanpa bantahan. Selepas sahaja mendapat persetujuan adik beradik semua, pihak tertinggi HUFIM telah bertemu dengan pentadbiran SM Tahfiz Al-Quran untuk mendapat keizinan dan ternyata kami mendapat sambutan yg baik daripada pihak pentadbiran dan pihak pentadbiran SMTAQ sangatlah mengalu-ngalukan projek pembinaan tersebut .

Kontraktor sandaran Tak terlatih (KSTT) 


Timbalan Tok Ketua



Projek Pembinaan tersebut telah dikelola oleh Pak Uda (Bapa saudara Timbalan Presiden HUFIM) dan dibantu oleh sebahagian besar oleh adik beradik HUFIM  secara bergotong royong. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh adik beradik HUFIM semua telah melancarkan lagi proses pembinaan pondok wakaf tersebut seta mengeratkan hubungan kekeluargaan kami semua.

wa.....


Ustaz Hasbullah turut serta menjayakannya

Objektif pembinaan pondok wakaf tersebut adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan  Alumni HUFIM kepada warga sekolah SMTAQ. Pihak HUFIM juga berharap pondok wakaf yang bakal siap tersebut dimanfaatkan dan dijaga sebaik mungkin untuk tujuan ilmiah seperti belajar dan menghafal Al-Quran.



Mse tiang da naik : sempat posing lak tu.. mse nie bru blek dari walimatul Urus 
Ustaz Azlan . semua adik beradik terus datang ke tapak projek untuk
membantu.


Tu dia...

Dengan berbekalkan sumbangan dari segi wang keringat & tenaga, kini, pondok tersebut sudah hampir 70% siap dan kami masih mengharapkan sumbangan adikberadik semua untuk menjayakannya. Projek pembinaan  ini dijangka siap sebelum 1 Januari 2011.


ehem



cuaca sentiasa mendung ketika projek dijalankan menjadikan
projek brjalan lancar kerana suasana tidak panas

Disini juga pihak HUFIM merakamkan setnggi-tinggi Terima Kasih kepada pihak yang menjayakan projek ini secara langsung dan tidak langsung. Mudah-mudahan Allah membalas jasa kalian semua. Amin.


kepenatan sehingga tertidur adik beradik kita nie.



ya...79% siap.

Khamis, 15 Disember 2011

Jamuan Alumni 07-11 Hufim bersama para warden di ala kasim..

Baru-baru ini hamapir semua adik beradik hufim telah menghadiri  Jamuan Makan Malam anjuran Alumni SMTAQ batch 07-11 Hufim. Majlis berlangsung di restoran ala kasim ,Telok Mas dan dihadiri oleh kesemua warden SMTAQ yg tercinta. Majlis tersebut juga bertujuan untuk merasmikan persatuan Alumni 07-11 HUFIM SMTAQ. Majlis berlangsung dengan suasana yang harmoni dan ceria walaupun cuaca agak sejuk sedikit ketika itu kerana hujan membasahi bumi Melaka ketika itu.


Para warden yg turut serta dalam majlis.



tngok kicap je dah kecur....



shafie...harap bersabar ye...



ustaz hairul azmi yg selalu ceria

Rabu, 7 Disember 2011

Panduan kemasukan ke IPTA melalui UPU

panduan kemasukan IPT 2011