Semasa awal pembinaan :Tok ketua tersenyum melihat tapak projek.
Baru-baru ini beberapa orang adik beradik HUFIM telah memulakan projek pembinaan pondok wakaf HUFIM bersebelahan Surau Al-Muttaqin SMTAQ. Projek pembinaan tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh seluruh adik beradik tanpa bantahan. Selepas sahaja mendapat persetujuan adik beradik semua, pihak tertinggi HUFIM telah bertemu dengan pentadbiran SM Tahfiz Al-Quran untuk mendapat keizinan dan ternyata kami mendapat sambutan yg baik daripada pihak pentadbiran dan pihak pentadbiran SMTAQ sangatlah mengalu-ngalukan projek pembinaan tersebut .
Kontraktor sandaran Tak terlatih (KSTT)
Timbalan Tok Ketua
Projek Pembinaan tersebut telah dikelola oleh Pak Uda (Bapa saudara Timbalan Presiden HUFIM) dan dibantu oleh sebahagian besar oleh adik beradik HUFIM secara bergotong royong. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh adik beradik HUFIM semua telah melancarkan lagi proses pembinaan pondok wakaf tersebut seta mengeratkan hubungan kekeluargaan kami semua.
wa.....
Ustaz Hasbullah turut serta menjayakannya
Objektif pembinaan pondok wakaf tersebut adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan Alumni HUFIM kepada warga sekolah SMTAQ. Pihak HUFIM juga berharap pondok wakaf yang bakal siap tersebut dimanfaatkan dan dijaga sebaik mungkin untuk tujuan ilmiah seperti belajar dan menghafal Al-Quran.
Mse tiang da naik : sempat posing lak tu.. mse nie bru blek dari walimatul Urus
Ustaz Azlan . semua adik beradik terus datang ke tapak projek untuk
membantu.
Tu dia...
Dengan berbekalkan sumbangan dari segi wang keringat & tenaga, kini, pondok tersebut sudah hampir 70% siap dan kami masih mengharapkan sumbangan adikberadik semua untuk menjayakannya. Projek pembinaan ini dijangka siap sebelum 1 Januari 2011.

ehem
cuaca sentiasa mendung ketika projek dijalankan menjadikan
projek brjalan lancar kerana suasana tidak panas
Disini juga pihak HUFIM merakamkan setnggi-tinggi Terima Kasih kepada pihak yang menjayakan projek ini secara langsung dan tidak langsung. Mudah-mudahan Allah membalas jasa kalian semua. Amin.

kepenatan sehingga tertidur adik beradik kita nie.
ya...79% siap.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan