Muallimin & Muallimah SMTAQ

Muallimin & Muallimah SMTAQ
Terima Kasih Guru-guruku.
Biarkan manusia tidak mengerti diri kita. Yang penting kita lebih mengerti diri sendiri.

Andai patah dayung dengan jari kan kami kayuh jua...

Isnin, 9 April 2012

EKSPEDISI UKHUWAH MENDAKI GUNUNG LEDANG

Pada 6-8 April yang lalu, sebahagian daripada Ahli Persatuan Alumni SMTAQ Batch 07-11Huffaz Imtiyaz (07-11HUFIM) telah menyertai Ekspedisi Ukhuwah Mendaki Gunung Ledang.Alhamdulillah kami telah tiba di Taman Negara Gunung Ledang sebelum jam 6 petang pada 6 april (Jumaat).  Kami berada di sana selama 3 hari dua malam. Kami ditempatkan di dorm yang agak selesa ,nyaman dan cantik sepanjang berada disana. Pada malam yg pertama ,kami  sekadar melakukan aktiviti BBQ & berehat sementara menunggu keesokan harinya.

Mendegar taklimat 


bergambar sebelum medaki

Pada keesokan harinya, kami telah bersiap-siap dan  berada di hadapan pejabat Taman Negara untuk sesi taklimat sebelum mendaki gunung ledang. Selepas selesai bacaan doa kami memulakan pendakian seawal jam 8.30 pagi. 

ketika  berada di salah satu check point.

walaupun penat tetapi riang.

berehat di salah satu anak air .

Remaja paling ceria abad ini

begambar ngan guide yg bwak kiteorng


Kami terpaksa melepasi sebanyak 8 check point sebelum sampai ke puncak. Terdapat banyak flora & fauna yang ditemui sepanjang perjalan untuk sampai. 

naik jangan x naik



Walaupun Gunung Ledang merupakn gunung yang ke enam tersusah untuk didaki di Semenanjung Malaysia, dengan berbekalkan azam & semangat  ukhuwah yang kukuh, kami akhirnya tiba jua di Puncak Gunung Ledang. Tiada apa yang dapat kami ucapkan ketika saat tiba di puncak melainkan rase gembira & syukur yang tidak terhingga. Kami berada di puncak selam lebih kurang setengah jam & kami turun selepas selesai makan & berehat. Walaupun masa biasa yang diperuntukkan untuk mendaki & turun gunung ledang adalah 10 jam, tetapi kami berjaya meyelasaikannya dlam masa lebih kurang 7 ke 8 Jam. Syabas diucapkan kepada semua adik beradik. 

da sampai da...


Setelah turun & selesai urusan di pejabat Taman Negara, kami terus menunaikan solat Zuhur & berehat. Selepas solat Asar, kami menikmati hidangan ayam BBQ yg di sediakan oleh beberapa orang chef terhandal Batch 07-11 HUFIM.


Antara tukang masaknye...

mulut masing2 da kembung 

Dak Ajim dapat cop mohor Puteri Gunung ledang 

 Pada jam 8 malam setelah berehat & menunaikan solat Fardhu Maghrib, kami semua berkonvoi ke Bandar Segamat untuk bersiar-siar & makan malam. 
Kami Pulang Ke dorm pada jam 2 pagi (ngantuk  bai ). 


Keesokan harinya , kami telah mula bersiap-siap & berkemas untuk check  out. Seawal jam 9.30 pagi kami telah check out di pejabat Taman Negara. Kami kemudiannya beregerak ke Air terjun Sagil untuk bermandi-manda. pada pukul 12 T.hari kami mula bergerak ke bandar tangkak untuk makan tengah hari  & solat zuhur. Kami semua bersurai di Masjid Tangkak pada jam 3 stngah petang.


Walau apapun Ekspedisi ini merupakan antara kenangan yang terindah & kami semua tidak akan dapat melupakannnya sampai bila. Terasa begitu kukuhnya ukhuwah dalam kalangan adik beradik kami. Kami berharap perjumpaan Alumni yang akan daang, kita dapat bersama lagi . InsyaAllah...

Selasa, 17 Januari 2012

Aktiviti sementara menunggu result SPM

        
Sementara menunggu Keputusan SPM 2011 yg ijangka keluar pada bulan Mac ini, sebahagian adik beradik kita telah mula melakukan aktiviti-aktiviti  yg mendatangkan faedah. Kebanyakan daripada mereka telah mula bekerja di restoran, stesen minyak ,berniaga & mengajar. terdapat juga adik beradik yg sedang meneruskan pengajian di Driving school berhampiran untuk mendapatkan lesen kereta daan motosikal sementara sebahagian kecil yg lain ke kem-kem PLKN .

                                                                           


Keje kat A&W....tpi bdak nie da kne fired...hahahah...die keje mydin skrang....

Antara yg kerja di Stesen Minyak : Siapakah gerangan si dia???kihkihkih





 Di pihak HUFIM , kami ucapkan syabas kepada kalian semua kerana telah berjaya mengisi  masa lapang kalian dengan aktiviti-aktiviti yg berfaedah. Sedikit pesanan, walaudimanapun kalian berada, junjunglah Al-Quran itu...

Selasa, 10 Januari 2012

Beberapa ahli HUFIM terpilih ke PLKN.


Pada 1 Januari yg lepas seramai 6 orang adik beradik HUFIM telah terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara . Mereka ialah Zainul Arif Bin Yazid, Syed Muhammad Nasrul Syafiq Bin Syed Bakar, Muhd Asyraf Bin Sulaiman, Muhd Ariffin Bin Abu Bakar, Ahmad Nur Akmal Bin Aziz dan Nor Amin Bin Pantas. Mereka semua telah terpilih ke kem-kem PLKN luar dari Melaka Negeriku Sayang dan kebanyakannye berada di kem-kem di Negeri Johor Darul Takzim.  Program ini berlansung selama 3 bulan iaitu mulai Januari Hingga Mac
Apa yang kami harapkan disini ialah mudah-mudahan saudara-saudara kami di sana berada dalam keadaan sihat walafiat serta dapat menjalani program yg dijalankan dengan penuh semangat waja dan berdisiplin. Kami juga berharap agar kalian mempamerkan contoh serta akhlak yg baik selaku seorang Huffaz. Kami disini merindui adik-beradik kami disana..jgn nakal2...hehehe...

Khamis, 29 Disember 2011

Pondok HUFIM... Alhamdulillah... siap juga akhirnya.



Pada tarikh 29/12/2011 hari Khamis , maka selesailah projek pembinaan pondok wakaf yg ditunggu-tunggu oleh semua adik beradik hufim. Mudah-mudahan ianya menjadi satu tanda kenang-kenangan dan dapat dimanfaatkan denagn sebaik mungkin oleh warga sekolah.

Khamis, 22 Disember 2011

Projek Pondok wakaf HUFIM dalam proses pembinaan.


Semasa awal pembinaan :Tok ketua tersenyum melihat tapak projek.

Baru-baru ini beberapa orang adik beradik HUFIM telah memulakan projek pembinaan pondok wakaf HUFIM bersebelahan Surau Al-Muttaqin SMTAQ. Projek pembinaan tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh seluruh adik beradik tanpa bantahan. Selepas sahaja mendapat persetujuan adik beradik semua, pihak tertinggi HUFIM telah bertemu dengan pentadbiran SM Tahfiz Al-Quran untuk mendapat keizinan dan ternyata kami mendapat sambutan yg baik daripada pihak pentadbiran dan pihak pentadbiran SMTAQ sangatlah mengalu-ngalukan projek pembinaan tersebut .

Kontraktor sandaran Tak terlatih (KSTT) 


Timbalan Tok Ketua



Projek Pembinaan tersebut telah dikelola oleh Pak Uda (Bapa saudara Timbalan Presiden HUFIM) dan dibantu oleh sebahagian besar oleh adik beradik HUFIM  secara bergotong royong. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh adik beradik HUFIM semua telah melancarkan lagi proses pembinaan pondok wakaf tersebut seta mengeratkan hubungan kekeluargaan kami semua.

wa.....


Ustaz Hasbullah turut serta menjayakannya

Objektif pembinaan pondok wakaf tersebut adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan  Alumni HUFIM kepada warga sekolah SMTAQ. Pihak HUFIM juga berharap pondok wakaf yang bakal siap tersebut dimanfaatkan dan dijaga sebaik mungkin untuk tujuan ilmiah seperti belajar dan menghafal Al-Quran.



Mse tiang da naik : sempat posing lak tu.. mse nie bru blek dari walimatul Urus 
Ustaz Azlan . semua adik beradik terus datang ke tapak projek untuk
membantu.


Tu dia...

Dengan berbekalkan sumbangan dari segi wang keringat & tenaga, kini, pondok tersebut sudah hampir 70% siap dan kami masih mengharapkan sumbangan adikberadik semua untuk menjayakannya. Projek pembinaan  ini dijangka siap sebelum 1 Januari 2011.


ehem



cuaca sentiasa mendung ketika projek dijalankan menjadikan
projek brjalan lancar kerana suasana tidak panas

Disini juga pihak HUFIM merakamkan setnggi-tinggi Terima Kasih kepada pihak yang menjayakan projek ini secara langsung dan tidak langsung. Mudah-mudahan Allah membalas jasa kalian semua. Amin.


kepenatan sehingga tertidur adik beradik kita nie.



ya...79% siap.

Khamis, 15 Disember 2011

Jamuan Alumni 07-11 Hufim bersama para warden di ala kasim..

Baru-baru ini hamapir semua adik beradik hufim telah menghadiri  Jamuan Makan Malam anjuran Alumni SMTAQ batch 07-11 Hufim. Majlis berlangsung di restoran ala kasim ,Telok Mas dan dihadiri oleh kesemua warden SMTAQ yg tercinta. Majlis tersebut juga bertujuan untuk merasmikan persatuan Alumni 07-11 HUFIM SMTAQ. Majlis berlangsung dengan suasana yang harmoni dan ceria walaupun cuaca agak sejuk sedikit ketika itu kerana hujan membasahi bumi Melaka ketika itu.


Para warden yg turut serta dalam majlis.



tngok kicap je dah kecur....



shafie...harap bersabar ye...



ustaz hairul azmi yg selalu ceria

Rabu, 7 Disember 2011

Panduan kemasukan ke IPTA melalui UPU

panduan kemasukan IPT 2011

Khamis, 10 November 2011

MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN : 4 ORANG IKHWAN HUFIM TURUT TERSENARAI.

                         
                                     Perarakan bermula :para huffaz kelihatan bak raja sehari

     Khamis , 10 November 2011: Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat pihak sekolah khususnya pihak  ikhwan 07-11 hufim. pada hari ini seramai 20 orang pelajar SM Tahfiz Al-Quran termasuk 4 orang ikhwan HUFIM  telah berjaya mengkhatamkan 30 juz Al-Quran dan telah di ijazahkan. Majlis tersebut diketuai oleh Mursyid SMTAQ iaitu Ybhg. Tuan Guru Dato' Haji Abdul Rahim Bin Abdul Kholiq dan dibantu oleh Tuan Guru Ustaz Muhd Muchtar Bin Abdul Rahman.


                             
        kelihatan keempat-empat orang ahli batch yang telah khatam duduk di hadapan bersama para mursyid



   Majlis dimulai dengan perarakan para Huffaz  dan paluan kompang mengelilingi kampung dan majlis Khatam Hafazan  dimulai pada jam 9.20 pg sebaik sahaja ketibaan timbalan exco agama negeri , YB Yazid Bin Kamis (ADUN RIM). Sebaik sahaja majlis khatam selesai , majlis di meriahkan dengan alunan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah (Al-Jilul Qurani) .Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan .
 
                            
                                                                                    ketibaan YB Yazid Bin Kamis




    Bagi pihak 07-11 HUFIM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Muhammad Yusof Bin Hussin Al-Hafiz, saudara Muhammad Amirul Fitri  Bin Mazlan Al-Hafiz, saudara Muhammad Syahadat Bin Norazalee Al-Hafiz, Muhammad Darwisy Bin Kamalruzaman Al-Hafiz kerana telah mengharumkan nama ibu bapa, sekolah dan nama HUFIM. Kami berharap kalian semua dapat mengamalkan isi kandung kitab suci tersebut dan menjunjung serta  mendaulatkannya seperti mana yang diharapkan.

                                 
                                                                  para tetamu jemputan dan hadiri yang hadir


Mudah-mudahan kalian diberkati dan dirahmati Allah Azzawajal.


nak tengok gambar len plak??? jom !

                                  
                                                perarakan di iringi dengan paluan kompang dan selawat...

                               
                                                                      kawasan perumahan kg chenderah


                                
                                     beberapa ahli batch yg turut serta memalu kompang utk kwan2 mereka: x penat ke???




                                     
                                                                               jauh tu.....

                                   
                        Majlis berlangsung dengan penuh lancar ,menurut Tuan Guru Dato' Haji Abd Rahim, majlis ini di hadiri                     oleh ribuan malaikat dan beliau turut meninggalkan pesanan yang berharga buat para Huffaz.


                                      
                                                   Antara para guru yang bertungkus lumus membantu majlis ini.


nak tengok lg banyak gambor???


nah , tkan kat link nie
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.284825401552227.77310.256204284414339&type=1

Sabtu, 1 Oktober 2011

Sahabat-sahabat 07-11 HUFIM sedang mengambil Imtihan percubaan SPM 2011


terpancar ketenangan tu...

Baru-baru ini seramai 36 sahabat-sahabat HUFIM telah selesai  menduduki peperiksaan percubaan SPM selama lebih kurang tiga minggu di dewan SM Tahfiz AL-Quran yg serba hijau. semua sahabt telah menjawab peperiksaan dengan begitu tenang dan yakin skali.Buat pengetahuan semua juga , tiada seorang pun yang ketinggalan dalam peperiksaan ini. Bagi pihak HUFIM kami ucapkan Bit Taufiq Wan Najah dilama SPM yg akan datang. 



Ustaz Tasaki sedang mengawasi pergerakan calon



Tekun dan rileks skali...

smpat lg tu...