En Hamzah Md Taib (wakil PPD Jasin) menyampaikan watikah perlantikan kepada kepimpinan Asrama SMTAQ 2011
Pada 22hb Januari 2011 ( Sabtu) bermula jam 8.00 malam Unit Asrama SMTAQ telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan Asrama 2011 serta Majlis Penutup Minggu Orientasi pelajar SMTAQ. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Hamzah Md Taib (PPD Jasin) yang mewakili En Shafie Ibrahim (Ketua Unit HEM PPD Jasin). Bermula dengan bacaan Yassin, tahlil dan Solat hajat, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tn Pengetua Tn Hj Ismail Yaacob.
Bacaan ikrar kepimpinan dibacakan oleh Ketua Asrama 2011 Sdr Amirdin Abdul Rahim
Dalam ucapannya beliau berharap kepimpinan baru ini lebih kreatif dan inovatif dalam mengemudikan Asrama. Ucapan Majlis penyampaian Watikah ini telah disampaikan oleh Tn Hj Hamzah Md Taib yang kandungan ucapannya menekankan berkaitan keadilan dalam kepimpinan. Beliau berharap agar asuhan awal kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Bacaan ikrar kepimpinan telah dibacakan oleh Ketua Asrama Sdr Amirdin b Abdul Rahim (5B). Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu yang disampaikan oleh Tn pengetua. Sebelum majlis jamuan, tetamu diperdengarkan dengan bacaan Maulud Di'baie oleh seluruh pelajar SM Tahfiz al-Quran. Seluruh ahli batch berharap kepimpinan Asrama pada tahun ini lebih menyerlahkan imej pelajar tahfiz disamping aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat.
Majlis diakhiri dengan persembahan Maulud Dibaie oleh pelajar SM Tahfiz al-Quran bagi meraikan Tn Hj Hamzah Md Taib (PPD Jasin)
p/s: tahniah kpada semua ahli krana telah menjayakan mnggu orientasi dengn cemerlang , gemilang dan..........................






Tiada ulasan:
Catat Ulasan