Muallimin & Muallimah SMTAQ

Muallimin & Muallimah SMTAQ
Terima Kasih Guru-guruku.
Biarkan manusia tidak mengerti diri kita. Yang penting kita lebih mengerti diri sendiri.

Andai patah dayung dengan jari kan kami kayuh jua...

Jumaat, 15 April 2011

PENOLONG KETUA BATCH (SAUDARA YUSOF) PELAJAR AL-HAFIZ PERTAMA 2011



saudara Yusof diiringi oleh Tn Pengetua dan guru-guru dalam Majlis Khatam Haffaz al-Quran

Pada 21hb Januari 2011 (Jumaat) jam 9.00 pagi satu perarakan bagi meraikan Majlis Khatam Haffaz al-Quran telah berlangsung dengan jayanya. Bermulakan dengan paluan kompang mengiringi Saudara Yusof , Pengetua dan Guru-guru . 
     Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Tn pengetua SMTAQ, Tn Hj ismail Yaacob yang meluahkan rasa bangga dan terharu atas program memuliakan seseorang yang telah khatam haffaz al-Quran. Beliau berharap agar tahun ini ramai pelajar yang akan mengkhatamkan bacaan haffaz al-Quran. 
        Saudara Yusuf memulakan bacaan khatam haffaz ini dihadapan Tn Guru Hj Abdul Rahim Kholiq al-Hafiz. Selepas bacaan doa khatam, Tn Guru Abdul Rahim al-Hafiz telah menyampaikan tazkirah yang mana bagi orang yang mendengar serta meraikan seseorang khatam al-Quran , pahalanya adalah seperti seeorang itu khatam al-Quran.
   Pihak BATCHO7-11IMTIYAZ juga ingin   mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada saudara  Yusof Husin yang merupakan PENOLONG KETUA ASRAMA DAN JUGA PENOLONG KETUA BATCH kerana menjadi pelajar yang pertama khatam bagi tahun 2011.
    Pihak kami berharap dengan khatamnya saudara kita ini, ianya akan menjadi pencetus semanagat untuk lebih ramai lagi pelajar SM tahfiz khususnya ahli batch o7-11imtiyaz untuk mengkhatamkan Hafazan Al-Quran. InsyaAllah...



Sdr Yusof Husin khatamkan haffaz al-Quran dihadapan Tn Guru Ustaz Abdul Rahim al-Hafiz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan